Doa Menziarahi Pesakit
Aku memohon kepada Allah yang Agung. Tuhan ‘arasy yang megar agar menyembuhkanmu.
Doa Untuk Kesembuhan Penyakit
Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.” – (Hadis Riwayat Bukhari)
Doa Untuk Kesembuhan Serta Pengampunan Dosa Buat Pesakit
Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam agama serta jasmanimu sepanjang usia.” – (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)